“Find Your Fika” Bersama Nespresso Musim Perayaan Ini

Berita, GLAM Plus, Popular, Santai

“Find Your Fika” Bersama Nespresso Musim Perayaan Ini

398

Musim cuti ini, Nespresso telah mempersembahkan rangkaian akhir tahun ikoniknya edisi terhad Nordic-Inspired festive collection. Menggabungkan trend budaya Scandinavia yang diilhamkan oleh Hygge dan Fika, Nespresso menggalakkan pelanggannya untuk mengutamakan ahli keluarga dan rakan pada musim perayaan ini.Ia adalah musim istimewa untuk meraikan bersama tersayang dan berkongsi momen istimewa bersama kopi edisi terhad Nespresso ini.

Dengan kerjasama pereka Denmark yang terkenal, Louise Campbell, Nespresso telah melancarkan edisi terhad Originalcoffee, yang mengambil inspirasi reka bentuk dan rasa dari negara-negara Nordik. Mula dijual dari 28 Oktober 2019 adalah dua kopi berperisa yang unik dan satu blackcoffee dicipta bagi penggemar kopi yang mahu mencari kelainan dalam hirupan kopi mereka.

Sebagai sebahagian daripada Nespresso Original,Limited Edition Nordik yang diilhamkan termasuk dua kopi berperisa baru:  Nordic Almond Cake Flavored dan  Nordic Cloudberry Flavored. Berdasarkan ramuan tradisional dan pengaruh Nordik, Kopi perisa Nordik Almond Cake mempunyai kombinasi biskuit dan aroma vanila, dengan asas Livanto, yang diilhamkan oleh kek tradisional Norway, Kvæfjordkake. Kopi Nordick Cloudberry pula mempunyai rasa halus, dan rasa manis buah cloudberry

Bagi mereka yang gemarkan kopi hitam asal yang asli, Nordic Blackcoffee tersedia untuk penggemarnya. Ia adalah campuran aromatik Afrika dan Amerika Selatan Arabica. Gabungan buahan yang manis bijirin yang lembut  mencipta long, black coffee dengan intensiti sederhana.

Untuk merasai sendiri keistimewaan kopi edisi terhad Nespresso Nordik boleh berkunjung ke Centre Court, KLCC bermula 30 Oktober sehingga 3 November 2019

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *