Diari Deko – Club Marriott Malaysia Buat Pencinta Gastronomi Serantau Asia Pasifik

Galeri DEKO, GLAM DEKO

Diari Deko – Club Marriott Malaysia Buat Pencinta Gastronomi Serantau Asia Pasifik

672

Alami pengalaman gastronomi berkelas dunia menerusi tawaran hebat daripada program kesetiaan Club Marriott Dining Loyalty Malaysia. Program kesetiaan dilancarkan oleh Marriott International ini membolehkan ahli menikmati lebih banyak pilihan dan faedah menarik di 338 hotel, 18 rangkaian jenama di 17 negara di serantau Asia Pasifik

Malaysia adalah pemegang portfolio jenama terluas di Asia Pasifik, memayungi 14 barisan hotel dan resort diikuti 8 rangkaian jenama restoran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Selain, pengalaman gastronomi menakjubkan dengan diskaun sehingga 35 peratus, ahli Club Marriott Malaysia bakal menerima kemudahan kedatangan (welcome amenities), diskaun penginapan, naik taraf bilik  dan baucar spa di rangkaian hotel-hotel yang mengambil bahagian. Malah, ahli turut diraikan menerusi tawaran ulang tahun dan akses ke acara-acara eksklusif.

Aloft Kuala Lumpur, Sheraton Imperial Kuala Lumpur, The Westin Kuala Lumpur, Miri Marriott Resort & Spa, Le Meridian Kota Kinabalu, The Westin Desaru Coast Resort antara rangkaian hotel yang terlibat untuk Club Marriott Malaysia.

Tidak terhad pada penggunaan di Malaysia, ahli turut diberikan keistimewaan dan penjimataan sepanjang tahun untuk pengalaman gastronomi bertaraf dunia di lebih 330 barisan hotel serantau Asia Pasifik termasuklah Korea, Macau, Filipina, Taiwan, Thailand, India dan Jepun bersekali nilai tambahan pada kadar penginapan ahli khas untuk setahun.

Sebaik mendaftar Club Marriott Malaysia, ahli akan menerima penginapan satu malam percuma termasuk bufet untuk dua orang dan banyak lagi. Club Marriott Malaysia berharga RM788.

Maklumat lanjut di Club Marriott Malaysia. 

Slide untuk lihat gambar.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Cindy Yoong, Pengarah Pemasaran Serantau Asia Tenggara bersama Petr Raba Naib Presiden Food & Beverages Marriott International Asia Pasifik, Lucy Wilson, Pengarah Pemasaran Program Kesetiaan F&B Asia Pasifik dan Nicolas Kassab, Pengarah Operasi Serantau Singapura, Malaysia & Maldives di majlis pelancaran Program Kesetiaan Club Marriott Malaysia.

Your email address will not be published. Required fields are marked *