Palet – Trivia Warna Salju Putih

GLAM DEKO, Inspirasi

Palet – Trivia Warna Salju Putih

141

Warna asas, putih tidak pernah terhapus dari radar dunia reka bentuk dan interior. Klasik, bercita rasa dan sarat karakter mengiringi fungsi. Warna putih juga punya tonasi warna pelbagai untuk digayakan di ruang interior.

Trivia warna:-

  1. Spektrum Putih – Tidak wujud hanya satu warna asas putih. Penghuni boleh bereksperimen dengan pelbagai variasi warna putih; mutiara, krim, putih salji atau putih telur.
  2. Keseimbangan Saturasi – white on white tidak pernah silap dan sentiasa malar segar. Boleh seimbangkan mainan warna lain seperti kelabu cerah, biru cerah, mauve, nude yang mana memberikan lebih kelapangan pada ruang.
  3. Dapur – Ramai skeptikal warna putih di ruang dapur. Dapur serba putih menampilkan gaya sleek, minimal dan tentunya bersih. Malah, dapur putih sebenarnya kelihatan lebih moden dan besar untuk pelan lantai ruang yang kecil.
  4. Tekstur – Hadirkan beberapa tekstur pada pilihan fabrik, aksesori dan kemasan dinding. Tekstur memberikan dimensi segar pada ruang kediaman.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Meja makan bulat marmar Brilliant dilapisi marmar bermutu tinggi dengan kemasan pelindung agar tahan calar dan noda.
brickellcollection.com

Your email address will not be published. Required fields are marked *