STEFFI SIDHU

Personaliti

STEFFI SIDHU

797

Steffi Sidhu ialah atlet negara untuk sukan futsal. Membesar dengan melibatkan diri dalam pelbagai acara sukan berbeza antaranya hoki, bola jaring, bola baling, olahraga, badminton dan beberapa acara lain. Semestinya sukan menjadi darah daging buatnya. Lebih menarik lagi dia sendiri pernah mewakili Malaysia untuk acara ragbi sekitar tahun 2008. Latar belakang keluarga yang turut terlibat dalam sukan menjadi nadi utama bagaimana dia bermula aktif dan sukan pertama yang diceburinya adalah bola sepak kerana sering mengikut ayahnya menghadiri latihan dan secara tidak langsung menjadi latihan buat dirinya. Baginya dia mahu kekal bermain dalam sukan selagi dia diperlukan dalam arena ini. Menurut katanya jika dia perlu bersara dia memilih untuk terus menyumbang dengan menjadi jurulatih agar dia terus boleh memberi inspirasi kepada generasi muda dan terus menyokong perkembangan sukan negara. Pengalaman dan kebolehan yang dimilikinya akan lebih manis jika dapat dikongsikan agar ianya mampu membangkit semangat dan minat buat mereka yang mempunyai kecenderungan dalam dunia sukan.

Your email address will not be published. Required fields are marked *